Cara memasak gulai tempoyak udang bersama petai.
Bahan bahan yang diperlukan.
Tempoyak - 2 -3 sudu (bergantung pada kesukaan)
Kunyit hidup.
Cili api - bergantung pada kesukaan. Kalau nak pedas, letak banyak-banyak. Kalau nak kurang pedas, letak sikit.
Santan sikit untuk blend kan bahan-bahan diatas .
Udang- 1/2kilo.
Petai - ikut selera masing-masing.
Daun kunyit - hiris kan halus-halus.
Serai -4 batang dititikkan/diketukkan.
Gula-2 sudu kecil.
Garam- agak-agak sendirila.
Bahan-bahan untuk blend bersama santan.
Tempoyak, kunyit hidup, cili api, garam dan gula.
Mula-mula masukkan bahan-bahan blend iaitu tempoyak, kunyit hidup, cili api bersama santan, gula dan garam **(blend bersama santan sahaja, air tidak diperlukan) dan kemudiannya masukkan udang, serai dan daun kunyit ke dalam periuk/kuali.
Pasangkan api yang kuat dan tunggu sehingga masak. Kemudian hidangkan dan makan panas-panas. Lazat pasti membuka selera anda. Cuba la!
Gambar : Google.
0 Komentar untuk "Resipi Gulai Tempoyak Udang Dan Petai."