Resipi Gulai Tempoyak Udang Dan Petai.


Cara memasak gulai tempoyak udang bersama petai.

Bahan bahan yang diperlukan.
 
Tempoyak - 2 -3 sudu (bergantung pada kesukaan)
 
Kunyit hidup.
 
Cili api - bergantung pada kesukaan. Kalau nak pedas, letak banyak-banyak. Kalau nak kurang pedas, letak sikit.

Santan sikit untuk blend kan bahan-bahan diatas .
 
Udang- 1/2kilo.

Petai - ikut selera masing-masing.

Daun kunyit - hiris kan halus-halus.

Serai -4 batang dititikkan/diketukkan.

Gula-2 sudu kecil.

Garam- agak-agak sendirila.

Bahan-bahan untuk blend bersama santan.

Tempoyak, kunyit hidup, cili api, garam dan gula.

Mula-mula masukkan bahan-bahan blend iaitu tempoyak, kunyit hidup, cili api bersama santan, gula dan garam **(blend bersama santan sahaja, air tidak diperlukan) dan kemudiannya masukkan udang, serai dan daun kunyit ke dalam periuk/kuali.

Pasangkan api yang kuat dan tunggu sehingga masak. Kemudian hidangkan dan makan panas-panas. Lazat pasti membuka selera anda. Cuba la!

Gambar : Google.
0 Komentar untuk "Resipi Gulai Tempoyak Udang Dan Petai."

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info