Resepi Tom Yam Putih Campur

Resepi Tom Yam Putih Campur
Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam saiz kecil – dicincang kasar
5 batang serai dititik
3 biji bawang besar dipotong 8
3 ulas bawang putih diketuk
11/2 inci lengkuas diketuk
cili padi dititik – kuantiti ikut suka
jus limau nipis semasam rasa
5 helai daun limau purut disiat
1 liter air rebusan ayam
sedikit sotong basah
sedikit udang basah
2 paket cendawan tiram – disiat
1 paket putik jagung – dipotong ikut suka
1 batang lobak merah – dipotong ikut suka
1 genggam brokoli – dipotong
1 genggam bunga kobis – dipotong
2 biji tomato saiz besar – potong baji
sedikit daun ketumbar – dihiris
garam dan gula secukupnya
sedikit perasa

Cara Memasak:
1. Rebus ayam bersama bawang besar, bawang putih, cili api, serai, lengkuas bersama air rebusan ayam secukupnya.
2. Apabila kuah mendidih dan ayam mulai empuk, tambahkan dengan sotong dan udang. Masukkan daun limau purut dan jus limau nipis secukupnya.
3. Masukkan brokoli, putik jagung, lobak dan kubis bunga.
4. Apabila sayuran agak layu masukkan cendawan tiram dan tomato.
5. Masukkan garam, perasa dan gula secukup rasa.
6. Biarkan seketika di atas api bolehlah dihidangkan panas-panas bersama hirisan daun ketumbar.
Tips: untuk mendapatkan lebih kuah tomyam bolehlah dicampur dengan air biasa semasa memasaknya.
Kredit : ResepiBonda.
0 Komentar untuk "Resepi Tom Yam Putih Campur"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info