Resepi Pizza Mudah & Sedap.


Resepi Pizza Mudah

Bahan doh:

Bahan:

 
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis segera mauripan
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
10 gm minyak
1/2 cawan air untuk menguli

Cara-cara :


Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih)
Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.
Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit.

Bahan2 sos pizza:


1 labu bawang besar (holand) ~ didadu kecil
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1 cawan sos tomato
3 sudu besar cawan sos cili
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk oregano
garam
gula
minyak utk tumis

Topping:


Sosej cheese
Cheddar cheese
Pineapple cube
Bawang besar (klu x suka xyah letak)

Cara:


Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu dan wangi.
Masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam, garam dan gula.
Renih hingga pecah minyak dan pekat.
Masukkan serbuk oregano dan kacau.
Masak seketika dan padamkan api.
Biarkan sejuk sebelum digunakan.

Minyakkan acuan pizza atau loyang yang nak digunakan.canai doh mnjadi bulat setebal 2cm.masukkan doh dalam loyang hingga menutupi loyang ye..biarkan selama 10 minit supaya doh kembang sikit.cucuk acuan dgn garpu agar tak gelembung masa nak bakar nti.dan bole la sapukan permukaannya dgn sos pizza yg anda masak tadi.parut & taburkan cheese.selepas tu taburkan pula sosej,nenas & bawang besar.akhir sekali taburkan baki cheese.bakar dlm suhu 180 degree selama 25 minit.


Kredit : www.resepisheilarusly.com
0 Komentar untuk "Resepi Pizza Mudah & Sedap."

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info